Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, August 24, 2011

Khalid ditangkap nak "coverup" isu GMDU melalui penubuhan Majlis Syura!!!


... tapi telah didedahkan oleh Sultan sendiri!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya.

Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.

Apa Yang Tersirat

13 comments:

  • akulah69 says:
    August 24, 2011 at 2:32:00 PM GMT+8

    salam tuan,

    itu salah tafsir jer tuan. sultan beri signal lain tapi mungkin khalid tafsir lain. masalah komunikasi. tapi sultan beri izin untuk khalid selesaikan perkara ni. jangan nak tuang minyak dalm api yg tengah marah tuan. orang macam tuan inilah merosakkan agama dan bangsa serta negara. sepatutnya usaha yang baik perlu disokong. bila mustapha ali sanggup disaman UMNGOK kerana dakwa isu jais serbu gereja dimainkan UMNGOK, so aku lebih percaya mustapha ali dari umngok...

  • Karl says:
    August 24, 2011 at 2:46:00 PM GMT+8

    Salam akulah69,

    "bila mustapha ali sanggup disaman UMNGOK kerana dakwa isu jais serbu gereja dimainkan UMNGOK, so aku lebih percaya mustapha ali dari umngok..."

    Kerana mustapha disaman, ko lebih percaya dia. Bagus. Patut la mentaliti ko macam ni. Ko bukan kira kebenaran, tapi ko kira sapa kena saman. Maknanya berjela2 senarai orang anwar dah saman tu semuanya betul?

    Satu lagi, berenti la guna "JAIS serbu gereja". JAIS tak serbu pun. Ayat "serbu"/"raid"/"force" tu puak2 kafir tengah pakai untuk menunjukkan JAIS bertindak kejam. Jangan menari ikut rentak kafir walaupun ko sokong gereja tu ok?

    Dah, pergi baring atas jalanraya.

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 2:48:00 PM GMT+8

    akulah69,

    kamu seorang daripada puak khawarij haprak mestilah kata umno, umno, umno nanti isteri kau boncit pun umno punya kerja jugaaaak.

    pkr kah, pas kah, dap kah apa saja berlaku awal kalam tuduh umno dulu lepas kena gasak menikus sebab tak ada bukti . kah kah kah pandai anwar perhambakan kamu semua.

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:14:00 PM GMT+8

    kalau agama sanggup digadai dengan harga yang murah makanya apa sangat ertinya ketua agama pada pandangan mata pakatan haramit ini.

    hakikat ini perlu disedari oleh rakyat iaitu kalau agama telah dijadikan alat makanya lambat laun rakyat pula yang akan dijadikan alat.

    nah untuk merampas kuasa, rakyat hanya perlu diperalatkan dalam bentuk sogokan 'kuasa rakyat' tetapi setelah manisnya habis maka pepahnya (rakyat) akan dibuang.

    ketika itu nasi sudah jadi bubur, kampung sudah tergadai, agama bukan lagi menjadi sebutan yang meniti dari bibir ke bibir dan cucu cicit menyumpah-nyumpah tak sudah-sudah.

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:16:00 PM GMT+8

    kenapa soal gereja di 'serbu' JAKIM dijadi sesuatu yang di tonjol kan berlebih lebihan ?

    Sepatut nya KESALAHAN gereja yang cuba memurtad kan orang islam mesti di beri perhatian dan tumpuan di sini.

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:16:00 PM GMT+8

    salam akulah69

    siapa yang menuang minyak dalam apai? siapa yang cuba memberi salah tafsiran apabial jais membuat pemeriksaan gereja terbabit?

    Siapa yang memenipulasi perkataan 'raid' dan 'periksa'?


    Apabila melibatkan bab agama dan akidah, kita PERLU TEGAS. Tiada kompromi dan siapa pula yang sedang memecahbelahkan orang melayu dinegara ini ?

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:22:00 PM GMT+8

    Hampa orang Selangor dah jual negeri dan ugama . Sebab salah Khir bagi penyapu hampa dah lupa segalanya. Apa macam pkr ,dap dan pas merintah hangpa semua ok ka .Kalau ok hangpa pangkah la lagi sekali pr tu .esok telor hangpa habis kena jual .buruk-buruk UMNO pun dia tak jual ugama .

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:32:00 PM GMT+8

    akulah69,alangkah ruginya bila tuan bercakap tak menggunakan akal fikiran ataupun sememangnya tuan tidak mempunyai akal ...dah, pergi baring balik atas jalan!

  • Y.Azahari says:
    August 24, 2011 at 3:41:00 PM GMT+8

    Dia ni Businessman, semua dia nak jual, inikan pula nama sultan,
    Rupa mencerminkan keperibadian,
    kata kata menjelaskan hati budi,

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 3:46:00 PM GMT+8

    akulah 69,

    ko nak percaya pada siapa itu ko punya pasal. dalam isu ini hanya ko sorang saja yang taksub pada manusia (mustafa ali) walhal komentar lain hanya taksub pada kebenaran dan percaya kepada Tuhan.

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 7:38:00 PM GMT+8

    Akula69....mai sini jap....

    apa yg ko kata tu....orang macam ko la....

    dah...dah....pergi baring tengah jalan balik....

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 12:12:00 AM GMT+8

    Salam akulah69....

    Mungkin sy yg salah tafsir kot bile menjenguk blog tuan, sy mentafsirkan tuan malas nak update apa2 info yg bermanfaat utk penduduk rompin...

    Kalau dah tau salah tafsir, ngape x pastikan apa yg dititah oleh tuanku... Memang tuanku beri izin, tapi janganlah mempergunakan keizinan dan pekenan tuanku utk dimanipulasikan kepada perkara lain, ( sumber dr su sulit tusnku ), tuanku suh selesaikan masalah bukan kata suh buat majlis syura....

    Cam ner la aku leh berkerja ngan MB yg boleh salah tafsir titah tuanku sebagai penguasa negeri selangor yg ku cintai ini...?

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 9:12:00 AM GMT+8

    akulah69,

    udah-udah la tu, pergi baring atas jalanraya.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)