Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, September 30, 2013

DAP-CEC: Kalau 17 diarah undur, bolehlah 20 kekal


Penarikan diri 17 calon ada agenda tersembunyi?

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Penarikan diri 17 calon dalam pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada saat-saat akhir didakwa mempunyai agenda tersembunyi.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, tindakan itu mungkin sudah dirancang bagi membolehkan individu sama menganggotai kembali CEC.

"Mengapa saat-saat terakhir mereka ini menarik diri, jumlah mereka adalah besar, seperti ada sesuatu agenda yang disembunyikan.

"Saya yakin ini merupakan satu rancangan supaya individu serupa yang terpilih pada pemilihan CEC yang tidak diiktiraf pada Disember lalu, kembali dipilih kali ini," katanya ketika ditemui pemberita sempena Kongres Khas DAP di sini hari ini.

Senarai asal calon yang bertanding pada pemilihan semula CEC kali ini menyaksikan seramai 68 calon mengambil bahagian merebut 20 tempat sebelum 17 calon menarik diri manakala dua lagi mengambil tindakan keluar parti, menyaksikan hanya 49 calon bertanding kali ini.

David sebelum ini telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas CEC hari ini.

Beliau turut menyerahkan memorandum kepada DAP antara lain menggesa menetapkan satu tarikh baharu untuk Kongres Nasional DAP mengikut klausa 8 (6) Perlembagaan parti. - Utusan Malaysia

3 comments:

  • Anonymous says:
    September 30, 2013 at 11:54:00 PM GMT+8

    Kalau UMNO buka keahlian pada CINA, maka boleh dikira. Kemudian calonkan Cina untuk Naib Presiden, Majlis Tertinngi. Boleh menang ka? UMNO akan jadi seperti DAP. Dua dua sama, pelakon saja lain lain, cerita sama saja. Jika NAjib lawan LKS di Gelang Patah, Najib boleh menang ka sama juga jika LKS lawan Najib diPekan Pahang, LKS boleh menang ka? Cerita sama, pelakon je lain lain. In Malaysia RACE is a FACT. Orang Hindu mabuk Todi, Cina mabuk Beer, melayu mabuk tuak. Cerita sama, nama je lain lain.

  • Anonymous says:
    October 1, 2013 at 2:59:00 AM GMT+8

    dah tau dap kaki pembohong... sama je dgn kaki penipu... semuanya kaki kelentong... hihihihi

    apa tunggu lagi.. keluar le... sokong la umno bn...

  • Anonymous says:
    October 1, 2013 at 10:15:00 AM GMT+8

    beza bro, DAp declare parti bbilang kaum.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)