Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, September 30, 2013

Pasti Liew Chin Tong akan dicantas Guan Eng dan Kit Siang


Guan Eng patut turun dari jadi Setiausaha AGong DAP dan berikan pada Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi

Memetik dari MyKMU:

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng?

Untuk makluman, Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja. Peliknya, kali ini dia berjaya mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”. Dia berjaya menduduki tangga pertama di dalam pemilihan CEC dengan 1438 undi!

Baca seterusnya analisa MyKMU di SINI

Selepas PRU, Pakatan Rakyat jaja mengatakan mereka dapat undi popular tapi itu hanya berdasarkan majoriti Cina untuk 5 enam kawasan bagi DAP seperti Seputih. Ditolak kelima kawasan tersebut, BN masih tetap popular. Pandangan itu adalah "highly bias."

Selain itu, BN masih popular ikut negeri ke negeri. Nasiblah Wilayah bukan negeri.

Jika PR memperkecilkan kemenangan BN dengan alasan undi popular lebih kepada mereka dan PR layak memerintah, maka artikel lain, MyKMU menimbulkan isu serupa:

fahaman ”siapa dapat undi popular, dia yang menang” ini, sudah menjadi macam satu trademark kepada pembangkang dan lagaknya kalau depa jadi kerajaan besok, itulah sistem pemilihan baru yang akan diperkenalkan di negara ini.

Anehnya, dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) DAP semalam, perkara itu tidak berlaku.  Calon yang mendapat undi paling tinggi (undi popular) dari 49 calon yang berebut jawatan dalam CEC, tidak dilantik sebagai Setiausaha Agung.  Sebaliknya ia tetap didominasi Lim Guan Eng, yang juga anak kepada Lim Kit Siang.

Kenapa boleh jadi begitu ya?  Sepatutnya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong atau Jagdeep Singh Deo yang dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP sebab undi yang mereka peroleh, adalah jauh lebih tinggi dari Guan Eng yang terperosok di tempat ke lima?

Sepenuh di SINI
:
Menunggu Tony Pua umumkan kesilapan komputer untuk letak balik Liew Chin Tong balik ke tangga 15.

Kalau tidak, pastinya Liew Chin Tong akan dicantas oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
 

4 comments:

  • bluk says:
    September 30, 2013 at 5:57:00 PM GMT+8

    kenyataan pahit tp benar yg harus ditelan umno.kit siang n guan eng bertanding.najib n muhyidin??xkira la itu 2ekor b*b^ btanding scara jujur atau x

  • bada says:
    October 1, 2013 at 8:10:00 AM GMT+8

    oii bluk bangsat!!najib n muhyidin bukan xnk bertanding tp ade ke sesiapa yg cabar diorg nie??klu hang terer hang cabar la diorg bertanding..bodoh piang!!

  • bluk says:
    October 1, 2013 at 10:22:00 AM GMT+8

    bada2.hg yg sbnrnya bodo piang ang xsedaq.ni la nm dy politik.mcm mn org nk cabar kalau blum apa2 lg da nasihatkn ahli jgn ptandingkn jwtn no 1 n no 2.kononnya nk elak ppecahan.jgn sokong mmbangsat buta.k bada?kesian.kanyaq lg..

  • Anonymous says:
    October 1, 2013 at 6:06:00 PM GMT+8

    beruk said...hang patutnya lahir
    kat bangla ka nepal ka baru tau betapa enaknya dok kat malaysia yg
    diperintah bn ni..tak reti nak bersyukur langsung kamu ni..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)