Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, September 28, 2013

Siapa kata undang-undang tidak boleh tahan abu Chin Peng?



Ada Undang-undang Halang Abu Mayat Chin Peng
September 27, 2013

KOTA BHARU 27 Sept. – Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya.

“Sesiapa yang nak membawa apa juga ‘remains’ atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.

“Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini selepas bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lepas. – BERNAMA

Bermakna:

Salahlah kata-kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Wan Junaidi...


Zahid pun kata demikian juga di SINI. Macam mana ni???

7 comments:

  • Anonymous says:
    September 28, 2013 at 10:24:00 AM GMT+8

    KPN macamni lah yang rakyat mahu. Syabas!

  • Anonymous says:
    September 28, 2013 at 11:33:00 AM GMT+8

    Sebab timb KPN TU banggang...keluarkan statement. ..tak fikir...teruk gaban... sangatlah teruknya timb tu...dah la tua...apa nak jadi dee...

  • saraly says:
    September 28, 2013 at 12:03:00 PM GMT+8

    Maknanya menteri kurang ilmu. Rujuklah dahulu kalau tak tahu, jangan main cakap sahaja. Patutlah PR yg penuh skandal boleh menang. Yang memimpin kurang ilmu dari yang di pimpin.

  • Anonymous says:
    September 28, 2013 at 12:44:00 PM GMT+8

    Lucut aja jawatan TM dlm negeri yg tongong.

  • Anonymous says:
    September 28, 2013 at 1:22:00 PM GMT+8

    Memang bahaya jika katakan macam ini kerana penyokong Komunis tak akan khayal lagi selepas terhidu peluang bawa balik abu Chin Peng. Sepatutnya, tarik jawatan daripada TM.

  • Anonymous says:
    September 28, 2013 at 8:47:00 PM GMT+8

    Nasib baiklah Parti Komunis Malaya ni dah lama bubar. Kalau tak mesti diaorang sekarang join sekali DAP, denga PAS & PKR menentang BN. Dengan senjata yang mereka miliki, mesti dah hancur Malaysia ni macam Syria. Syukur Alhamdulillah, komunis ni dah tak ada (walaupun pencinta komunis masih ada).

  • Anonymous says:
    October 1, 2013 at 10:50:00 PM GMT+8

    Komunisme dah mati. Rusia dan china dah jadi open market. Pkm dak letak senjata lebih dari 20 tahun yg lalu. Yang sudah tu sudah lah. Jgn nk di ungkit lagi. Cukup skadar djadikan sbg teladan. MOVE ON! klau nk berdendam sgtkita tak patut berurusan dgn ngara britain dan jepun. Tok nenek kita di lyayn lagi teruk sewaktu diorg jajah kita. Tp skg diaorg rakan niaga kita. So please my malay brothers, MOVE ON AND DONT LOOK BACK!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)